Alumni 1960 - Hamzah Sidang Mohamad

 

Hamzah Sidang Mohamad adalah anak Melaka yang telah banyak menyumbangkan khidmat dan jasa kepada bangsa dan negara. Hamzah dilahirkan di Bachang, Melaka pada tahun 1942. Ayahnya adalah bekas penghulu Bachang, Melaka, Allahyarham Haji Mohamad bin Said.

 

Beliau memperolehi Diploma Perguruan daripada Brinsford Lodge ( University of Birmingham ), B.A.  (Hons) Universiti Malaya, Diploma in Guidance and Counselling & MA ( Ed. ) Universiti Reading, UK.

Hamzah berhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia selama 34 tahun dan bersara sebagai Pengarah Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.  Semasa berhidmat, Hamzah mewakili Kementerian Pelajaran di dalam permainan golf dan tenis.  Selepas bersara, Hamzah bertugas di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai Ahli Lembaga Penapisan Filem Malaysia selama 9 tahun.

Hamzah adalah seorang pendidik yang masih aktif dalam dunia pendidikan walaupun sudah 13 tahun bersara.  Kepakarannya adalah di dalam bidang ilmu pendidikan, psikologi kaunseling dan pendidikan pencegahan dadah.

Diantara khidmat dan sumbangan yang penting baginya di dalam bidang hidmat masyarakat dan NGO termasuklah bertindak aktif sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka, setelah mengambil alih jawatan ini daripada YBhg.Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1999. Persatuan ini memberi bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah yang miskin dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, semenjak 1986 hingga sekarang disamping menjalin silaturrahim dan menjaga kepentingan ahli-ahli dan alumni SMGB.

 

Juga penting baginya adalah menganggotai AJK Penubuhan Asian Cities Against Drugs (ASCAD) dan berkempen bersama untuk menjadikan Melaka sebagai Pejabat Urusetia ASCAD.  Di Colombo, pada bulan September 2003, Hamzah telah mempengerusikan majlis di mana Melaka diterima pada dasarnya sebagai Ibu Pejabat Urusetia ASCAD. Kini, bandar bersejarah Melaka adalah pejabat urusetia tetap bagi ASCAD.

 

Hamzah juga menganggap penting tugasnya sebagai Ahli Panel Jurulatih “International Federation of NGOs Against Drugs” (IFNGO), semenjak tahun 1996 hingga kini. Walaubagaimanapun yang sangat dihargainya adalah peluang yang diberi oleh pucuk pimpinan PEMADAM Kebangsaan untuk menyumbang hidmatnya secara terus di dalam usaha-usaha PEMADAM memerangi wabak dadah yang sedang  melanda negara.  Hamzah menyandang berbagai jawatan di dalam PEMADAM dan bergiat aktif semenjak 1986 hingga sekarang.

 

Hamzah adalah seorang pendidik yang masih aktif dalam dunia pendidikan walaupun sudah 13 tahun bersara. Kepakarannya adalah di dalam bidang ilmu pendidikan, psikologi kaunseling dan pendidikan pencegahan dadah.

 

Kepakarannya di dalam bidang-bidang ini dan kefasihannya  berbahasa Melayu dan Inggeris menjadikannya penceramah dan pembentang kertas kerja yang dihargai dan disegani di dalam dan di luar negara, khususnya di negara-negara ASEAN dan Rantau Asia.  Beliau biasa memberikan sumbangan di bengkel-bengkel dan persidangan-persidangan antarabangsa samaada sebagai pengerusi bengkel, pengerusi sidang pleno atau sebagai pembentang kertas kerja, misalnya di Singapura, Manila, Bangkok, Bandar Seri Begawan,  Jakarta, Yangon, Colombo, Geneva, Brisbane, Grand Bay (Mauritius) , Venice , Atlanta dan Macau.

 

Hamzah juga biasa menyandang berbagai  jawatan penting di dalam persatuan-persatuan sukarela dan NGO’s di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.  Di antaranya termasuklah  sebagai Setiausah Kehormat Persatuan Panduan Kerjaya Malaysia ( MAVOGA ), Setiausaha Kehormat Persatuan Kaunselor Malaysia ( PERKAMA ), Ahli Sidang Ridaksi Berita PEMADAM,  Setiausaha Kehormat PEMADAM Wilayah Persekutuan,  Setiausaha Agong Asian Regional Association of Vocational and Educational Guidance ( ARAVEG ), Ahli Lembaga Association of Psychological and Educational Consellors Asia ( APECA)

 

Kini beliau memegang jawatan-jawatan Setiausaha Biro Antarabangsa dan IFNGO PEMADAM Kebangsaan, Ahli Exco Persatuan Alumni Universiti Malaya, (PAUM) , Pemegang Amanah Yayasan PEMADAM, Setiusaha Bersama IFNGO World Conference ( 2011 ), Setiausaha sambutan Ulangtahun IFNGO Ke 30 ( 2011 ) dan Pengerusi Benefit Prep. ( M ) & Benefit Solutions.

 

Kefasihannya berbahasa Melayu dan Inggeris juga mejadikannya kerap di minta menganggotai Sidang-sidang ridaksi beberapa penerbitan badan-badan dan persatuan-persatuan tempatan.  Hamzah kini menjadi Ketua Editor ”Berita Alumni”, Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).  Beliau juga menjadi Anggota Sidang Ridaksi bagi “Titian Alumni” dan “E Titian” Universiti Malaya, Buku “Brinsford Lodge: A Malayan Teachers’ College in England”,  Buku Meja Kopi Ulangtahun Ke 30 IFNGO (2011) dan Buku Laporan Bengkel IFNGO ASEAN NGOs Ke 18.

Kerajaan Malaysia telah menganugerahkannya dengan pingat-pingat AMN dan KMN; PEMADAM pula menganugerahkannya Pingat Jasa Amat Mulia Pemadam ( JAMP ), Pengakap Malaysia menganugerahkannya Pingat-pingat PPB dan PPS,  dan IFNGO pula telah menganugerahkannya hadiah Best New Project bagi Program I Love You Darling (ILYD), satu projek usahasama antaranya dan Ibu Evodia Iswandi dari BERSAMA, Indonesia.  Buku I Love You Darling pula telah dicetak dalam bahasa-bahasa Inggeris, Indonesia dan Thai. Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) telah melantik nya sebagai Felo ( Fellow ) kerana peranannya sebagai perintis perhidmatan Kaunseling di Malaysia dan sebagai seorang kaunselor yang aktif hingga kini.

 

Melalui kerja-kerja sukarela inilah Hamzah telah mewakili Malaysia (Kementerian Pendidikan, PEMADAM Kebangsaan dan NGO-NGO Kebangsaan lain) dengan jayanya di negara-negara luar dan telah meningkatkan lagi imej dan nama baik PEMADAM khususnya dan Malaysia amnya.

User login

Our messages

Sayings